Thursday, April 2, 2009

Ustaz Nga Nga Senjata Baru Pas Pikat Undi

Permainan sandiwara DAP dalam mempergunakan agama Islam sebagai senjata untuk menjatuhkan Barisan Nasional di Bukit Gantang telah semakin terbukti.Setelah beberapa sessi ceramah oleh DAP ketika kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang ini sedang berlangsung, ceramah Ngar Kor Ming lah paling sensasi.

Setelah berjaya memukau pendengar-pendengar Muslim yang berada dibawah dengan ucapan Assalamualaikumnya, beliau kemudiannya membaca pula sepotong ayat dari Kitab suci Al-Quran, tanpa segan silu dengan tajwidnya yang berterabur.

Para pendengar-pendengar Muslim di bawah hanya...Uuuuhhhh....! Aaaaaahhh! Waaaaahh! Hebatnya.....! Baguih....! Yaaaa...yaaaa! Tepuk tangan beramai-ramai....Bagi mereka, situasi tersebut adalah yang terhebat paling mereka dapat perhatikan selepas Lim Guan Eng banyak memperkatakan mengenai Khalifah Umar Abd Aziz.

Tapi mereka langsung tidak mempedulikan impak dan muslihat disebalik perbuatan pemimpin-pemimpin DAP tersebut.Al-Quran merupakan satu mukjizat nabi yang cukup agung yang perlu dijaga kesuciannya. Namun DAP telah memanipulasikannya dengan menggunakannya sebagai bahan untuk berpolitik.

Ketika Nga Kor Ming membaca ayat-ayat Al-Quran tersebut, di benak hatinya penuh dengan harapan agar Muslim sesama mereka berpecah dan tidak bersatu. Ini bukan tujuan Al-Quran diturunkan dan dibaca! Tetapi Muslim yang mendengar di bawah, tidak ambil peduli dengan keadaan ini....mereka dikaburi dengan taktik pengkafiran secara halus ini...Kemudian DAP sekali lagi cuba menjatuhkan Islam dengan memberi imej buruk terhadap menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga memegang Portfolio Keagamaan, Datuk Zahid Hamidi ketika dalam satu ceramah di Bukit Gantang.

Mengikut sumber yang diperolehi, wanita-wanita yang hadir sebagai penari dan penyanyi tersebut adalah undangan khas dari salah seorang pemimpin DAP dengan tujuan untuk memburukkan-burukkan imej Menteri tersebut.

Mengikut sumber itu juga, kehadiran wanita-wanita itu adalah secara ad-hoc dan tidak dirancang, sebaliknya setelah pihak penganjur memberitahu sejam sebelum majlis tersebut berlangsung akan kehadiran Zahid, wanita-wanita ini muncul dengan tiba-tiba.Mujur Datuk Zahid Hamidi bijak menjawab segala pertanyaan yang dikemukan oleh wartawan dengan soalan-soalan kontroversi berkenaan dengan majlis tersebut dengan tenang.

Hormati budaya kaum masing-masing...pesan beliau!Nah! perhatikanlah bagaimana DAP cuba menyusup masuk dengan mempergunakan Islam sebagai satu alat untuk berkempen di Bukit Gantang. Umpama serampang dua mata, DAP cuba bertindak dengan cuba memecahbelahkan umat Islam sambil berkempen untuk meraih undi di Bukit Gantang....SEDARLAH UMAT ISLAM BUKIT GANTANG!

Pas Kuda Kayu DAP

KETIKA pengundi-pengundi Parlimen Bukit Gantang berkira-kira mahu menyokong siapa antara calon BN, Ismail Saffian, calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris dan calon PAS, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, antara pihak yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah DAP.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham adalah orang yang bertanggungjawab menamakan Ir Mohammad Nizar sebagai calon yang sepatutnya mewakili PAS kerana penyokong-penyokong DAP amat mengkagumi Ir Mohammmd Nizar yang pernah meluluskan tanah kepada kampong baru untuk geran 999 tahun.

Bagi DAP, mereka berjaya mempergunakan Ir Mohammad Nizar untuk akur dengan kehendaknya. Maka, jika ada lagi pilihan raya, undang-undang membenarkan, DAP akan tetap mahu mencalonkan Ir Mohammad Nizar, walaupun di kawasan DAP kerana inilah satu-satunya orang Melayu beragama Islam yang mudah dipergunakan.Ir Mohammad Nizar seorang yang didakwa telah hilang semangat keMelayuannya.

Dia bersedia mengikut apa sahaja kehendak DAP. Dia mungkin sedar, dia menjadi Menteri Besar Perak, buat seketika atas sokongan DAP. Tanpa sokongan dan kehendak DAP, mustahil dia boleh duduk sebagai Menteri Besar, malahan mungkin untuk menjadi Exco pun, dia tidak layak.PAS tidak kuat di Perak. Maka, kemenangan PAS yang sedikit itu menjadi manafaat kepada kemenangan DAP yang lebih besar dari kemenangan PAS dan PKR.

Tetapi DAP ‘bijak’ menggunakan Melayu dan memperkudakan Islam. Mereka tidak perlu menjadi MB Perak untuk menganugerahkan sesiapa tanah, kerana ada ‘kuda kayu’ dan orang Melayu yang dicontrol pemikiran mereka.Tanpa kedudukan sebagai MB Perak, DAP tetap paling berkuasa di Perak buat seketika.

Nasib baiklah masih ada beberapa kerat ADUN Melayu dan seorang dari keturunan Cina, yang sanggup menghentikan semua permainan ini. Nasib baik, Allah tidak mengizinkan DAP terus ‘mempergunakan kuasa’ yang mereka dapat melalui pertolongan PAS.

Maka, dengan izin Allah, Paduka Seri Sultan Perak memperkenankan perlantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru dengan sokongan 28 campur tiga ADUN di Perak yang menyebabkan kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR terlepas kuasa.Dengan ‘kelemahan’ yang ada pada PAS di Perak, maka DAP sangat-sangat menyayangi PAS kini, khususnya di Perak. Apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang, bukan orang PAS yang menamakan calon PAS, sebaliknya pemimpin DAP yang menamakan Ir Mohammad Nizar.

Gembira sungguh hati pemimpin-pemimpin DAP kerana mereka tidak perlu lagi mempunyai calon Melayu di kalangan DAP kerana mereka boleh menggunakan orang-orang Pas yang berperwatakan kuda kayu untuk memperjuangkan nasib DAP.

Kini, tidak ada lagi kebimbangan di jiwa pemimpin-pemimpin DAP untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysianya kerana PAS sudah menjadi sebahagian dari DAP.Khabarnya, DAP Perak bukan main gembira apabila cadangan mereka supaya Ir Mohammad Nizar dicalonkan, diterima. Malahan, beberapa pihak yang tidak berminat menyertai mana-mana parti politik menyifatkan DAP sekarang sudah menjadi penasihat kepada kepimpinan PAS.

Malahan, PAS dikatakan akan akur apa sahaja kehendak DAP khususnya di Perak, asalkan DAP menyokong mereka untuk menjadi Menteri Besar.DAP berjaya memesongkan otak dan pemikiran orang-orang PAS. Ketika orang-orang PAS berbaring di atas jalanraya kerana mahu menghalang majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry di Istana Bukit Chandan, orang-orang DAP duduk di rumah tanpa perlu berdemontrasi.

Mereka tahu, perjuangan mereka sudah diambil alih oleh PAS yang sudah mereka ‘kuda kayu’kan.Calon BN, Ismail Saffian adalah calon terbaik untuk dipilih pengundi-pengundi Bukit Gantang. Beliau bukan sahaja dipih atas kehendak pengundi-pengundi sendiri, malahan, pucuk pimpinan ketika mengumumkan namanya, menyifatkan Ismail Saffian adalah seorang calon terbaik untuk penduduk di Bukit Gantang.

Ketika Ir Mohammad Nizar mencari simpati dari pengundi-pengundi Bukit Gantang, Ismail Saffian pula menawarkan khidmatnya untuk terus membangunkan kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Pengundi-pengundi di Bukit Gantang tidak perlu bermain dengan sentiment dan emosi seperti yang dimainkan pembangkang kerana Bukit Gantang buat pertama kalinya kini akan diwakili anak tempatan, melalui calon BN, Ismail Saffian.Keangkuhan Ir Mohammad Nizar merampas mikrofon di Masjid Simpang baru-baru ini, yang disaksikan sendiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membuktikan, semangat DAP sudah meresap dalam jiwa calon PAS ini. Hanya DAP sahaja yang sanggup melakukan sesuatu yang mengecewakan orang-orang Islam dan orang-orang Melayu termasuklah membuat tuduhan Pemuda Umno (yang semuanya Melayu dan beragama Islam) bagai celaka.

Hilang segala adap dan sopan sebagai seorang Melayu apabila DAP menyokongnya. PAS di Perak bukan baru tetapi kejadian-kejadian seumpama ini dianggap sebagai semangat PAS yang didorong DAP kerana selama ini PAS tidak melakukan perbuatan kasar seperti ini, terutama di Masjid Simpang yang memang dikunjungi ramai penduduk sekitar kawasan itu.

Ir Mohammad Nizar mungkin mahu membuktikan kepada DAP, dia adalah pahlawan PAS yang sanggup berdepan dengan BN demi kejayaan DAP. Ir Mohammad Nizar barangkali mahu membuktikan bahawa DAP memang sepatutnya terus menyokongnya kerana dialah satu-satunya orang PAS yang berdarah campuran Cina dan sanggup diperalatkan DAP.

Apakah orang ini yang hendak disokong oleh pengundi-pengundi Bukit Gantang? Adakah orang ini yang pengundi-pengundi Buki Gantang mahukan? Tolaklah orang seperti ini. Kembalikan perpaduan dan keharmonian yang sudah terjalin selama ini.

Di bawah kerajaan BN, pengundi-pengundi bukan sahaja akan tenang, aman, tenteram dan harmoni malahan, anak-anak kita semua dapat belajar dengan baik kerana kestabilan politik.

Pembangkang Mula Gila Meroyan Berdepan Najib

Parti Keadilan Rakyat (PKR) benar-benar memperlihatkan sikap mengelabah dan tidak bertanggungjawab apabila menyiarkan dalam laman berita rasminya Suara Keadilan mendakwa acara mengangkat sumpah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari Jumaat dibatalkan.

Kononnya pembatalan itu dibuat kerana Yang di-Pertuan Agong menolak untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri setelah menerima perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mempersiapkan semua dokumen berkaitan dengan urusan serah tugas yang akan berlangsung hari Jumaat.

Malah, persiapan acara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri baru juga telah disiapkan di Istana Negara dan semua yang berkaitan telah menerima surat rasmi bagi maksud majlis mengankat sumpah berkenaan.

Sumber itu memberitahu, apa yang cuba dibuat oleh PKR adalah kerja orang yang tidak waras dan kemuncak kepada beberapa siri pembohongan parti itu.

Malah menurut sumber itu, apa yang dilakukan PKR itu boleh difahami kerana PKR khususnya penasihat parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak 'sedia' untuk berhadapan dengan Najib sebaga Perdana Menteri baru.

Pengundi Bukit Gantang Tolak Calon Wayang Kulit

Disuruh bercakap Nizar bercakap, disuruh diam Nizar diam dan lebih memalukan disuruh mohon derhaka kepada Sultan, Nizar berkata "Patik Mohon Sembah Derhaka Kepada Tuanku".

Itulah nasib Pak Dogol dalam pentas wayang kulit yang dikawal oleh Tok Dalang yang mempunyai kuasa seratus peratus untuk mengawal pergerakan dan percakapannya.Semua orang tahu, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Calon PKR Parlimen Bukit Gantang) tidak ubah seperti watak Pak Dogol dalam wayang kulit manakala Tok Dalangnya adalah Datuk Ngeh, Pengerusi DAP Perak.

Walau pun sudah tidak berkuasa di negeri Perak, Nizar masih lagi menjadi alat kepada Ngeh dan ini terbukti apabila Nizar yang dicadang oleh Ngeh telah dipilih sebagai calon PKR di Bukit Gantang.

Nik Aziz yang pada mulanya tidak bersetuju Nizar bertanding di Bukit Gantang telah menukar pendirian bagi menghormati DAP yang kini telah menjadi teman tidur sebantal. Ngeh memerlukan orang serupa Nizar untuk dijadikan alat dan sebagai jambatan kepada DAP mencapai cita-cita politik sempit mereka.

Rakyat tahu, selama 10 bulan memerintah Perak Nizar hanyalah berperanan seperti Pak Dogol yang menurut apa sahaja arahan Ngeh termasuk memberi hak milik tanah selama 999 tahun kepada penyokong DAP di Kampung Baru yang melukakan hati orang Melayu di negeri itu.

Sudah tiba masanya rakyat terutama pengundi di Bukit Gantang tolak calon wayang kulit kerana pengalaman memerintah Perak selama 10 bulan menunjukkan Nizar hanyalah berperanan seperti Pak Dogol manakala Tok Dalangnya ialah Ngeh.

Monday, March 30, 2009

Nizar Main Tipu Lagi

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang menjadi bukti hitam putih dokumen calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang diterima dan disahkan bagi melayakkannya bertanding tertera pekerjaan semasa beliau kini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang bukannya Menteri Besar Perak.

Sama ada sedar atau tidak, borang pencalonan tersebut yang diisi berdasarkan peruntukan undang-undang dan satu pernyataan rasmi oleh sesorang calon boleh disifatkan sebagai pengakuan Nizar sendiri bahawa pekerajaannya kini hanya seorang ADUN dan bukannya Menteri Besar seperti yang dipertahankannya.

Malah apabila ditanya oleh wartawan mengenai perkara itu, Nizar memberikan reaksi ringkas “itu semua sejarah”. Adakah ia bermaksud jawatan Menteri Besar telah menjadi sejarah .

Namun, beliau masih cuba untuk bermain dengan kata-kata apabila diajukan soalan berkenaan dengan berakta, beliau masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Persoalannya kenapa pekerajaan Menteri Besar itu tidak dicatat dalam borang pencalonan.


Dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, Nizar akan berentap dengan calon BN, Ismail Safian dan calon bebas Kamarul Ramizu.

Ismail 49, adalah seorang anak tempatan yang berasal dari Kampung Kubu.Beliau adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang.

Kamarul Ramizu, 42, pula merupakan seorang usahawan.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar, termasuk 136 pengundi pos dengan pecahan 63.5 peratus pengundi Melayu, Cina (27.1 peratus), India (9.1 peratus) manakala yang lain (0.2 peratus)

Sunday, March 1, 2009

Karpal Cuba Alih Isu: Akuilah Kedaulatan Raja-Raja Melayu

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.

Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.

Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.

“Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa "Singh is King" menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.

Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat. Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat,” ujarnya dalam kenyataan medianya melalui laman webnya di http://www.mukhriz.com/

Semak daftar pemilih Parlimen Bukit Gantang

Orang ramai boleh membuat semakan daftar pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan pada 7 April ini.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya negeri, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan berkata, orang ramai boleh berbuat demikian di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari bekerja mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

''Bagaimanapun, waktu semakan berkenaan akan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam pada 29 Mac hingga 7 April," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Che Wan Muhammed Salleh berkata, orang ramai juga boleh membuat semakan dengan menghubungi talian terus di nombor 05-2547189 atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Jelas beliau, SMS boleh dihantar ke 15888 dengan menaip 'SPR nombor kad pengenalan'.

Katanya, selain itu semakan juga boleh dibuat dengan melayari laman web SPR di alamat web www.spr.gov.my.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada Pas, pada 9 Februari lalu akibat serangan jantung.

Friday, February 27, 2009

Pemilih di Bukit Gantang, Bukit Selambau boleh semak maklumat pengundian

Pengundi di dua kawasan pilihan raya kecil yang bakal diadakan serentak 7 April ini iaitu di kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah, boleh mula menyemak maklumat pengundian mereka.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ngah Senik berkata maklumat yang boleh disemak termasuk nama pusat mengundi dan nombor saluran mengundi.

Semakan boleh dibuat melalui tiga cara, iaitu melalui laman web SPR iaitu www.spr.gov.my, melalui SMS dan di Bilik Gerakan Pilihan Raya Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak dan di Kedah, katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Bagi perkhidmatan SMS, Ngah berkata perkhidmatan itu mula beroperasi mulai Rabu lalu sehingga 7 April nanti, dan caj sebanyak 35 sen dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar.

Untuk menghantar SMS, pemilih berdaftar di bahagian-bahagian pilihan raya tersebut hanya perlu menaip, SPR jarak SEMAK jarak NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Bagi semakan dengan Bilik Gerakan Pilihan Raya Negeri, pemilih di Bukit Gantang boleh menghubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak di talian 05-2547189 manakala pengundi di Bukit Selambau boleh menghubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah di talian 04-7001313 atau 04-7001303.

Semakan itu boleh dibuat setiap hari dari 1 Mac hingga 7 April ini.

Pada 13 Feb lepas, SPR menetapkan kedua-dua pilihan raya kecil diadakan serentak, iaitu penamaan calon masing-masing pada 29 Mac dan pengundian pada 7 April.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan - Bernama

Saturday, February 21, 2009

Fikiran Uncle Nik Aziz kini bercelaru.

PAS merayu Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kerana jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut, ia akan menyusahkan rakyat. Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya diadakan pilihan raya kecil ia juga melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan pembaziran berlaku.

Aku sokong kenyataan Nik Aziz tu, memang PRK akan melibatkan kos yang tinggi dan pembaziran pasti berlaku. Itu baru setakat PRK satu DUN, bagaimana pula kalau dibubarkan DUN satu-satu negeri tu disebabkan ingin mempertahankan kuasa satu-satu parti yang hilang kuasa.

Adakah ini bukan satu pembaziran dan melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding kos PRK satu DUN. Sehubungan dengan itu, Nik Aziz perlulah lebih rasional, untuk anak-anak buahnya di Perak untuk tidak menyalak minta Sultan membubarkan DUN, kerana ia akan lebih melibatkan kos yang tinggi.

Betul tak Tuan Guru?

Begitu juga dengan kenyataan Tok Guru, PAS tidak perlu bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil. Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.

Adakah cabaran minta Ibrahim Ali letak jawatan ini akan membuka kepada satu lagi pilihan raya kecil yang pasti akan melibatkan kos tinggi dan pembaziran?

Apakah sandiwara yang cuba dimainkan Nik Aziz nie. Tak sampai hati kalau aku kata Nik Aziz dah nyanyuk, tapi memadailah kalau aku katakan bahawa fikiran Nik Aziz sekarang dah semakin bercelaru.

Friday, February 20, 2009

Bukit Gantang anak angkat UMNO negeri

Semua UMNO negeri akan menjadi 'bapa angkat' kepada seluruh cawangan parti itu di kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan parti yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Sehubungan itu, kata beliau, semua negeri telah dimaklumkan mengenai cawangan-cawangan yang akan menjadi 'anak angkat' mereka.

''Negeri-negeri berkenaan akan diagih-agihkan mengikut DUN dalam kawasan Parlimen berkenaan dan surat telah dihantar kepada UMNO negeri hari ini," katanya.

Thursday, February 19, 2009

Pemuda UMNO bersatu dalam hadapi pilihan raya kecil

Pemuda UMNO akan kekal bersatu untuk menghadapi dua pilihan raya kecil iaitu di kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau di Kedah pada April ini walaupun pergerakan itu akan mengadakan pemilihan pada akhir Mac ini.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun akan menghadapi pemilihan parti, kepentingan dan keutamaan akan diberikan kepada prestasi parti dalam dua pilihan raya itu, ditetapkan pada 7 April. Penamaan calon pada 29 Mac.

“Tiada guna memegang jawatan tinggi jika parti tidak dihormati oleh rakyat.

Jadi, kami (Pemuda UMNO) akan bergerak sebagai satu untuk memastikan parti diterima oleh semua,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini hari ini.

Ditanya sama ada pertembungan tarikh bagi pemilihan parti dan pilihan raya kecil itu mungkin menjejaskan keupayaan UMNO, Hishammuddin berkata: “Kami mempunyai persefahaman sendiri.

“Berkempen adalah perkara biasa dalam keluarga kami. Dalam UMNO, orang boleh kata apa sahaja tetapi kami tiada masalah dalam memberikan komitmen kami kepada parti dan akan kekal bersatu.

Tuesday, February 10, 2009

TETAP SAMAN SULTAN PERAK – KARPAL SINGH

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini tetap mempertahankan pendiriannya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan alasan tindakannya itu tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang.

Malah katanya, beliau sedia didakwa di mahkamah sekiranya tindakannya itu tidak mengikut lunas undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya, Karpal menegaskan, beliau juga tidak akan memohon maaf kerana menganggap rancangannya untuk menyaman Sultan Azlan Shah bukan berupa penghinaan atau mencabar kedaulatan sultan.

Selepas tahun 1993, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan satu mahkamah khas ditubuhkan di mana secara jelas menyatakan raja- raja dan sultan boleh dibawa ke mahkamah. Perlembagaan Persekutuan yang dipinda itu telah memperuntukkan sedemikian.

Bagaimanapun Karpal tidak menyebut bila beliau akan mengemukakan saman itu.

Jumaat lalu, Karpal pada sidang akhbar di Pulau Pinang menyatakan pakatan pembangkang bercadang memfailkan kes mahkamah ke atas Sultan Perak kerana menitahkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Ekoran itu, pelbagai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan tampil membuat laporan polis terhadap Karpal di seluruh negara.

Sehingga semalam, sebanyak 56 laporan polis dibuat terhadap Karpal berhubung kenyataannya itu yang disifatkan sebagai biadap dan menderhaka.

Tambah peguam itu, beliau tidak akan menarik balik kenyataan yang dibuatnya di Pulau Pinang tempoh hari kerana apa yang diperkatakan adalah benar.

“Saya bukan pengecut dan jangan ugut saya tentang apa yang telah dikatakan di Pulau Pinang tempoh hari,” tegasnya.

Ditanya mengenai siasatan polis mengikut Akta Hasutan terhadapnya, Karpal menjelaskan, beliau tidak gentar dengan segala laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Tambahnya, beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis yang ingin mengambil keterangannya bagi membantu siasatan kes tersebut. Bagaimanapun kata Karpal, segala laporan polis ke atasnya adalah palsu dan tidak berasas sama sekali. Karpal Singh tidak akan menarik balik kenyataannya di Pulau Pinang tempoh hari kerana apa yang diperkatakan adalah benar.

Beliau sedia didakwa di mahkamah jika tindakannya itu tidak mengikut undang-undang. Pengerusi Kebangsaan DAP itu tidak akan mohon maaf atas tindakannya. Karpal menegaskan beliau tidak gentar dengan segala laporan polis ke atasnya.

‘‘Saya bukan pengecut dan jangan ugut saya tentang apa yang telah dikatakan,” tegasnya.

Monday, February 9, 2009

Nizar patut bertanding di Bukit Gantang - DAP

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mencadangkan PAS menimbang untuk meletakkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyatakan beliau membuat cadangan itu atas kapasiti peribadinya, Ngeh berkata adalah elok jika Nizar dipilih sebagai calon kerana rakyat boleh menyatakan pandangan mereka mengenai perubahan kerajaan negeri itu.

"Ini hanya pandangan peribadi saya. Terpulang kepada PAS untuk membuat keputusan. Walau siapa pun calonnya, kami akan memberikan sokongan penuh kami," katanya di sini hari ini.

Nizar diarah meletak jawatan sebagai Menteri Besar minggu lepas oleh Sultan Azlan Shah berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selepas empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pakatan itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Nizar enggan meletak jawatan dan bertegas beliau masih Menteri Besar yang sah dan terus mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Kerusi Bukit Gantang kosong berikutan kematian anggota Parlimen kawasan itu Roslan Shaharum, 50, daripada PAS hari ini akibat sakit jantung. BERNAMA

Bicara Perjuangan Di Bukit Gantang


Assalammualaikum.

tahziah buat keluarga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS - dipercayai meninggal dunia ketika sedang mengayuh basikal pagi tadi.

Ia membuka laluan kepada pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi mStar Online mengesahkan Roslan meninggal dunia pagi ini.