Sunday, March 1, 2009

Karpal Cuba Alih Isu: Akuilah Kedaulatan Raja-Raja Melayu

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.

Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.

Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.

“Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa "Singh is King" menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.

Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat. Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat,” ujarnya dalam kenyataan medianya melalui laman webnya di http://www.mukhriz.com/

2 comments:

  1. CELAKA PEMUDA UMNO !
    KURANG AJAR PEMUDA UMNO

    ReplyDelete
  2. Bukan dai tarik balik perkataan 'CELAKA' tu selepas diminta speaker... MP BN pun ramai pakai perkataan kesat... dan ditarik balik macam tu jugak... apa nak heran.. dua dua sama...

    Kes tuduh pemuda UMNO hantar peluru kat dia.... macam mana pulak tuduhan Pemuda UMNO yang mengatakan exco Kedah mengutuk Sultan Kedah... scrip tu sapa pun boleh tulih... silap silap Pemuda UMNO sendiri apa yang tulih... sebab hanya pemuda UMNO saja yang ada skrip tu... orang lain tak dapat pun....

    kan 2 kes ni sama... DOUBLE STANDARD!!!

    ReplyDelete