Thursday, April 2, 2009

Pengundi Bukit Gantang Tolak Calon Wayang Kulit

Disuruh bercakap Nizar bercakap, disuruh diam Nizar diam dan lebih memalukan disuruh mohon derhaka kepada Sultan, Nizar berkata "Patik Mohon Sembah Derhaka Kepada Tuanku".

Itulah nasib Pak Dogol dalam pentas wayang kulit yang dikawal oleh Tok Dalang yang mempunyai kuasa seratus peratus untuk mengawal pergerakan dan percakapannya.Semua orang tahu, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Calon PKR Parlimen Bukit Gantang) tidak ubah seperti watak Pak Dogol dalam wayang kulit manakala Tok Dalangnya adalah Datuk Ngeh, Pengerusi DAP Perak.

Walau pun sudah tidak berkuasa di negeri Perak, Nizar masih lagi menjadi alat kepada Ngeh dan ini terbukti apabila Nizar yang dicadang oleh Ngeh telah dipilih sebagai calon PKR di Bukit Gantang.

Nik Aziz yang pada mulanya tidak bersetuju Nizar bertanding di Bukit Gantang telah menukar pendirian bagi menghormati DAP yang kini telah menjadi teman tidur sebantal. Ngeh memerlukan orang serupa Nizar untuk dijadikan alat dan sebagai jambatan kepada DAP mencapai cita-cita politik sempit mereka.

Rakyat tahu, selama 10 bulan memerintah Perak Nizar hanyalah berperanan seperti Pak Dogol yang menurut apa sahaja arahan Ngeh termasuk memberi hak milik tanah selama 999 tahun kepada penyokong DAP di Kampung Baru yang melukakan hati orang Melayu di negeri itu.

Sudah tiba masanya rakyat terutama pengundi di Bukit Gantang tolak calon wayang kulit kerana pengalaman memerintah Perak selama 10 bulan menunjukkan Nizar hanyalah berperanan seperti Pak Dogol manakala Tok Dalangnya ialah Ngeh.

No comments:

Post a Comment